GEMPAR! Penduduk Maldives Dilaporkan Lihat ‘Pesawat Jumbo Terbang Rendah’

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

GEMPAR! Penduduk Maldives Dilaporkan Lihat ‘Pesawat Jumbo Terbang Rendah’

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

PETALING JAYA: Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Maldives
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

haveeru
Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.


Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama. —– Mstar
  • Suspek #MH370: Polis Turut Siasat Jurutera Pesawat dalam Penerbangan!
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Selamat Omar, 60, menunjukkan gambar…
  • TERKINI: Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban?
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan…
  • Pekerja Restoran Warga Asing MELAMPAU! Baca Apa Mereka Lakukan Terhadap Budak Perempuan Ini...
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEREMBAN – Seorang wanita terkejut…
  • AWAS! Berhati-Hati Semasa Membeli Produk Minuman! BACA PENDEDAHAN INI..... Memang Tak Sangka!
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Admin dapat perkongsian di Facebook…
  • Isu Remaja OKU Dikurung Sampai
    22/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya…
  • Misteri MH370:
    04/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com       Sekali lagi Tun…
  • PANAS! Isu Dituduh Suka Sesama Lelaki, Ini Respons Iqram Dinzly!!
    27/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Portal hiburan OHBULAN! ada menyiarkan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus