Bantu Cari #MH370: Pegawai Perancis yang Siasat Nahas Air France AF447 Tiba di KL!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Bantu Cari #MH370: Pegawai Perancis yang Siasat Nahas Air France AF447 Tiba di KL!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Debris of the missing Air France flight 447, recovered from the Atlantic Ocean, arrives at Recife's port June 14, 2009. An Air France Airbus 330 crashed into the sea on June 1 en route from Brazil to Paris, killing all 228 aboard
Debris of the missing Air France flight 447, recovered from the Atlantic Ocean, arrives at Recife's port June 14, 2009. An Air France Airbus 330 crashed into the sea on June 1 en route from Brazil to Paris, killing all 228 aboard.
Tiga pegawai Perancis dari Biro Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) yang terlibat di dalam operasi pencarian pesawat Air France AF447 kira-kira lima tahun lalu, telah tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk membantu mencari pesawat MH370.

Kementerian Pengangkutan berkata pegawai-pegawai itu akan berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman mereka dalam pencarian pesawat Air France AF447 yang terhempas ketika penerbangannya dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.

Dalam kejadian pada 1 Jun 2009 itu, pesawat berkenaan telah terhempas di Lautan Atlantik iaitu selepas tiga jam 45 minit berlepas menyebabkan 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan turut berkata pada hari ini, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan menghantar aset-aset mereka ke koridor selatan.

Sebelum ini Kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa penyiasatan yang dijalankan menunjukkan pesawat berkenaan sengaja dialihkan laluan dan terbang selama beberapa jam selepas terkeluar daripada laluan asal sama ada ke Asia Tengah atau menuju selatan Lautan Hindi.

“Kementerian Luar Negeri telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan, dan kesemua negara yang kita meminta bantuan.

“Nota diplomatik tersebut adalah untuk sokongan khusus dan bantuan yang diperlukan termasuk maklumat radar dan satelit, operasi pencarian di darat dan laut, rancangan tindakan mencari dan menyelamat bagi negara-negara yang berkaitan dan butir apa-apa maklumat yang diperlukan dari Malaysia,” kata Kementerian itu dalam satu kenyataan media.

Kementerian Pengangkutan turut berkata jumlah negara-negara yang terlibat dalam operasi pencarian dan penyelamatan telah meningkat dari 14 ke 26.

“Negara-negara ini adalah Malaysia, Australia , Bangladesh , Brunei, China, Perancis , India, Indonesia, Jepun , Kazakhstan , Kyrgyzstan , Laos , Myanmar , New Zealand, Pakistan , Filipina, Rusia, Singapura , Korea Selatan, Thailand , Turkmenistan , UAE, UK , Amerika Syarikat, Uzbekistan, dan Vietnam.”

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi. - AN
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus