Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Akan Disiasat

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Disiasat
Semua Kakitangan MAS Yang Terlibat Dengan Penerbangan MH370 Disiasat
Beliau berkata ini selain 239 penumpang dan kru pesawat berkenaan.

"Pihak berkuasa Malaysia kini memfokus semula siasatan mereka ke atas semua kru dan penumpang MH370, serta semua petugas bawahan yang mengendali pesawat itu," kata Hishammuddin pada satu taklimat akhbar mengenai pencarian pesawat MAS itu di Sepang hari ini.

Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia tidak sedia mengulas teori spekulatif berhubung apa yang menyebabkan penerbangan itu melencong dari laluan asalnya kerana bimbang ini boleh mengganggu siasatan.

Awal hari ini dalam satu kenyataan, beliau berkata jurutera MAS, yang ada urusan dengan pesawat itu sebelum ia berlepas, juga disiasat.

Mengenai operasi mencari dan menyelamat, Hishammuddin berkata bilangan negara yang terlibat dalam operasi itu kini meningkat dari 14 kepada 25.

"Dalam 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.

"Semalam, Kementerian Luar memberi taklimat kepada wakil-wakil dari negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan," kata beliau.

Menyentuh soal penyenggaraan pesawat, beliau berkata MAS mengesahkan pesawat itu memang tertakluk kepada program senggaraan yang diperlukan iaitu "the Boeing Maintenance Planning Document" dan pesawat berkenaan diservis sepenuhnya serta layak untuk terbang.

Beliau berkata pengendali rangkaian satelit global, pasukan Inmarsat tiba semalam untuk membantu pasukan penyiasat dari Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama
  • #MH370:
    20/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bekas ketua juruterbang Serantau…
  • (5 GAMBAR) Pemilik Haiwan yang Paling KEJAM!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com INILAH gambar menunjukkan anjing…
  • Felixia Dedah Tarikh Peluk Islam dan Punca Beliau Memilih Tarikh Berkenaan!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tarikh Felixia Yeap Bakal Peluk…
  • EKSLUSIF: Pengalaman Dr. Haron Din Dijemput Masuk Dalam Kaabah!
    30/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Saya pernah tawaf di Baitullah seorang…
  • AWAS! Berhati-Hati Semasa Membeli Produk Minuman! BACA PENDEDAHAN INI..... Memang Tak Sangka!
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Admin dapat perkongsian di Facebook…
  • Kecoh! Anak Patung Berhantu Bawah Pokok Berjaya Dirungkai Ustaz... (6 Gambar)
    08/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com ecoh di media sosial malam semalam dan…
  • SEBARKAN! Teknik menipu terkini di TESCO Extra Selayang...
    07/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Apa punya PESEN la org la nie nak cari…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus