MH370 -Kenapa Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika ?
MH370 - Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika?
Sebelum
ini heboh pengakuan beberapa penduduk Kepulauan Maldives yang mereka
ada melihat sebuah sebuah pesawat Jumbo putih berjalur merah terbang
rendah pada 8 Mac jam 6:15am. ( KLiK )
Sekadar
info, jam 6:15am itu adalah waktu lokal mereka dan untuk diselaraskan
dengan waktu kita di Malaysia, kita kena tambah 3 jam yakni sekitar jam
9:15am.
Satu lagi, jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak diselatan Kepulauan Maldives ( Pulau Addu ) adalah 740km.
Sementara jarak Diego Garcia - KL = 3500 dan Addu City-KL = 3200
DAN jarak KL-Beijing adalah 4335km.
Secara
teorinya, MH370 mampu sampai ke DG walaupun setelah melalui tambahan
penerbangan ke Laut China Selatan dan patah balik, dengan bekalan
bahanapi yang ada untuk sampai ke Beijing.
Diharap
pihak kerajaan dan mereka yang terlibat dalam misi pencarian MH370
dapat memberikan perhatian kepada laporan dari Maldives ini secara
serius sepertimana perhatian diberikan kepada laporan2 penemuan lain (
yang akhirnya ternyata palsu ).
Bukan
apa, dari awal nama Diego Garcia dikemukakan, ia telah ditolak mentah2.
Kerajaan menolak kemungkinan MH370 ke Diego Garcia atas alasan - ia
tidak berasas.
Mudah
sekali..... tapi diharap dengan adanya laporan eye-witness dari
beberapa penduduk Maldives ini, ia mampu berikan ASAS untuk kerajaan
melihatnya dengan lebih serius.
Seperkara
lagi, media2 asing juga langsung tidak beri liputan kepada kemungkinan
pesawat itu ke Diego Garcia. Malahan berita dari Maldives itu juga
langsung tidak diberi perhatian.
Adakah
kerana ia bakal melibatkan Amerika yang punya kemudahan pelabuhan dan
airport ketenteraan di sana ? Sebarang dakwaan MH370 ke sana hanya
menyabitkan penglibatan kuasa besar Amerika ( kerana menyembunyikan
fakta ...... adalah tidak mungkin mereka tidak tahu melainkan mereka
terbabit ) dan secara mudah perkara seumpama itu dianggap MUSTAHIL?
Bagaimana dengan penemuan landasan Diego Garcia sebagai salah satu yang ditemui dalam simulator Kapten Zaharie ?
Saya
pasti berpuluh lagi landasan terdapat dalam simulator berkenaan yang
berada dalam radius pesawat MH370 tapi berapa banyak yang punya laporan
sightings berdekatan oleh penduduk tempatan ?
Mungkin
secara kebetulan semuanya ...... dan mungkin juga ia masih juga satu
laporan palsu ...... tapi tidak salah jika disiasat dengan serius ......
walaupun ia melibatkan Amerika.
PS - Bukankah kita tidak menolak sebarang kemungkinan ? Bagaimana kalau kemungkinan itu melibatkan pihak2 tertentu Amerika ? - kredit dinturtle
ADA SEBARANG KOMEN??