MH370: GEMPAR! Satelit China Temui Objek di Lautan Hindi! (4 Gambar)
Pemangku menteri pengangkutan itu berkata China akan membuat pengumuman dalam beberapa jam lagi berhubung serpihan yang ditemui di koridor selatan itu.
“Berita yang baru saya terima, Kedutaan China menerima imej satelit objek terapung di koridor selatan dan mereka menghantar kapal untuk mengesahkannya.
Hishamuddin dimaklumkan melalui sekeping nota ketika Sidang Media.
“Beijing
akan mengumumkannya dalam beberapa jam lagi. Objek terapung ini 22
meter panjang dan 30 meter lebar,” katanya dalam satu sidang media di
Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.
Berikutan makluman itu, kerja pencarian MH370 akan diperluaskan berhubung maklumat yang diperoleh kerajaan China itu.
Berikutan makluman itu, kerja pencarian MH370 akan diperluaskan berhubung maklumat yang diperoleh kerajaan China itu.
Kedudukan Objek yang diperolehi Satelit China
Dua hari lalu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat hilang dirakam imej satelit.
Sehubungan itu, pasukan pencari bergegas ke kawasan yang dimaksudkan Australia di kawasan terpencil kira-kira 2,500km barat daya Perth.
Bagaimanapun, tiada apa ditemui setelah 15 pesawat pemantau Australia dan Amerika bergegas ke lokasi dimaksudkan.
Sebelum ini dilaporkan kerja pencarian tertumpu kepada dua koridor iaitu utara dan selatan dengan andaian pesawat dapat terbang tujuh jam daripada ia dilaporkan hilang.
Koridor utara merangkumi sempadan Kazakhstan dan Turkeministan ke utara Thailand manakala koridor selatan merangkumi Indonesia ke selatan Lautan Hindi. – 22 Mac, 2014.
Jarak penemuan objek antara Satelit China dengan Satelit Australia
Kredit: The Malaysian Insider/ Pic: Straitstimes.com/Twitter
ADA SEBARANG KOMEN??