Adakah ‘Mesej Minta Tolong’ Philip Woods Akan Diteliti? - INI PENJELASAN HISHAMMUDDIN!
Antara teori spekulasi paling popular tentang kehilangan pesawat MH370 adalah ia telah dirampas dan dibawa mendarat ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia yang terletak berhampiran Lautan Hindi pada hari kejadian.
Baca berita awalnya di sini
Sejak akhir-akhir ini, teori itu semakin hangat diperkatakan.
Apa yang menyemarakkannya adalah penyebaran kandungan mesej yang dikatakan dihantar oleh salah seorang penumpang MH370 iaitu Philip Woods untuk meminta pertolongan di sebuah forum.
Philip Woods yang bekerja sebagai eksekutif IBM merupakan seorang daripada tiga penumpang warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat MH370.
Mesejnya berbunyi:
I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. (Saya telah ditawan oleh pihak berpakaian tentera selepas pesawat dirampas. Saya bekerja untuk IBM dan berjaya menyembunyikan telefon bimbit dalam punggung ketika rampasan berlaku. Saya diasingkan daripada penumpang lain dan kini berada dalam penjara. Nama saya Philip Wood. Saya rasa saya turut diberikan dadah hingga tidak dapat berfikir dengan betul).
Dikatakan, gambar profil individu mendakwa dirinya Philip Woods tersebut turut dianalisa dan keputusannya mendapati dia berada dalam satu bilik gelap dengan maklumat berikut:
Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18′ 58.3″ South, 72° 25′ 35.6″ East
( -7.316197, 72.426544 )
Spoiler for Hangar Diego Garcia
Sekiranya benar lokasi ‘tawanan’ tersebut, maka ia dikatakan selaras dengan maklumat yang dikutip daripada sumber awam dan dilaporkan media sebelum ini iaitu nelayan Malaysia di Kelantan dan di Indonesia telah melihat satu pesawat terbang rendah awal pagi Sabtu, 8 Mac.
Seterusnya, ia juga dilihat berpadanan dengan sumber daripada juruterbang B777 ke Narita Jepun yang memberitahu pesawatnya telah terbang 30 minit di hadapan MH370 pada 1.30 pagi 8 Mei lalu, begitu juga dakwaan penduduk Maldives di Kuda Huvadhoo yang melihat pesawat terbang rendah dari selatan ke tenggara menghala Addu yang terletak tidak jauh dari Diego Garcia.
Apa pun, ini semua tinggal teori selagi penyiasatan tidak membuktikannya. Paling utama, adakah mesej yang dikatakan dihantar Philip Woods ini benar-benar sahih atau diada-adakan oleh pihak tertentu?
Malah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila ditanya pendapatnya menolak teori ini walau tidak seratus peratus (kerana masih menggunakan perkataan ‘kita boleh semak’).
Hal ini kerana Amerika Syarikat dikatakan tidak kisah untuk membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian Mh370 dilakukan di Laut China Selatan lagi.
“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” kata Hishamuddin. - MYNEWSHUB.MY
ADA SEBARANG KOMEN??