MH370: "Rupanya Bukan Aku Saja Yang Rasa Pelik!"

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: "Rupanya Bukan Aku Saja Yang Rasa Pelik!"

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



SEKILAS PANDANG: Salah satu soalan yang timbul berkenaan misteri penerbangan MH370 adalah mengapa tentera gagal untuk bertindak balas terhadap penerbangan yang tidak dikenali pada radar itu.
Apabila ditanya mengapa jet pejuang tidak dihantar untuk memintas pesawat yang tidak dikenali sebaik sahaja ia muncul di radar tentera, panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud dilaporkan berkata yang pengendali radar tentera mengesan jejak pesawat awam menuju ke utara.
"Ia tidak diklasifikasikan sebagai ancaman. Kami hanya memintas dan bertindak balas apabila jejak itu diklasifikasikan sebagai ancaman," katanya.
Tetapi bagaimanakah operator radar akan tahu samaada ia adalah pesawat awam dan bukannya suatu ancaman? Adakah kita telah lupa berkenaan tragedi 911?
Kerana ia telah diklasifikasikan sebagai "blip" pada radar yang mengambil masa lebih seminggu untuk dikenal pasti sebagai MH370, bagaimana mereka boleh tahu ia bukan suatu ancaman?
Pada 26 Mac, lebih banyak butiran yang mengelirukan telah muncul.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri memberitahu Parlimen bahawa tentera tidak bertindak balas apabila penerbangan yang tidak dikenali muncul di radar kerana ia mengandaikan bahawa kawalan trafik udara di Subang telah mengarahkan kapal terbang itu untuk berpatah balik.
"Ia telah dikesan oleh radar kita, tetapi tindakan berpatah balik itu dilakukan oleh pesawat bukan ancaman dan kami fikir mungkin ianya adalah disebabkan arahan menara kawalan," Abdul Rahim berkata ketika menggulung perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen sewaktu titah Yang di-Pertuan Agong.
Mengapakah anggota tentera udara sekadar membuat andaian apabila ianya melibatkan keselamatan negara? Adakah membuat andaian sebahagian dari Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka?
Adakah ini bukan satu kelalaian dalam menjalankan tugas, terutamanya berkaitan keselamatan negara?
Pakar penerbangan CNN Richard Quest, yang telah mempertahankan tindakan pihak berkuasa Malaysia selepas kehilangan MH370 itu pun mempersoalkan bagaimana tentera Malaysia boleh terlepas pandang pesawat MH370 itu yang membuat pusingan ke arah ruang udara sendiri.
"Persoalan besarnya ialah bagaimana tentera Malaysia tidak mengesan #mh370 masuk semula ke ruang udara negara. ITU adalah satu skandal," kata Quest.
"Pasukan pemerhati tidak mengesannya, seolah-olah ruang udara itu dimilikinya," maklum seorang sumber yang mempunyai pengetahuan terperinci mengenai siasatan ini kepada NYT (New York Times).
Pesawat MAS Boeing 777 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal ini hilang pada jam 01:07 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa MH370 telah hilang di selatan Lautan Hindi, di lokasi kira-kira 2,500 km ke barat daya Perth.
Komen bekas juruterbang dan penganalisis aeroangkasa Tentera Udara Diraja British, Andrew Brookes lebih tajam.
"Di manakah tentera udara Malaysia sewaktu semua ini terjadi? Sejak 911, pertahanan udara di seluruh dunia telah berjaga-jaga terhadap rampasan pesawat yang mensasarkan sasaran terkenal. Dan tidak banyak sasaran di situ yang lebih berprestij daripada menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur," beliau dipetik sebagai berkata dalam sebuah laporan BBC.
Brookes berkata yang tentera dan pembuat keputusan politik Malaysia sepatutnya sudah berjaga-jaga, apabila MH370 kelihatan berpatah balik tanpa amaran selepas melakukan pendakian yang dijadualkan.
"Apabila peristiwa pelik ini berakhir, kerajaan dan tentera udara Malaysia akan mempunyai beberapa perkara yang serius untuk ditangani, terutamanya kelompongan jelas dalam pengawasan ruang udara mereka," Brookes dipetik sebagai berkata.

BACA JUGA: PENJELASAN TUDM ISU MH370
Sumber: http://mountdweller.blogspot.com/2014/03/mh370-rupanya-bukan-aku-saja-yang-rasa.html
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus