#MH370 : Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri! – Hishammuddin

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

#MH370 : Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri! – Hishammuddin

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri
SEPANG - 17/3/2014: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.

Sumber Mstar Online
  • Spesies Buah Durian Tanpa Duri Yang Jarang Kita Lihat! (6 Gambar)
    10/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Inilah dia buah durian tanpa duri, ia…
  • Amin Idris Difitnah dan Diaibkan Melalui 3 Video!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Siapa tidak kenal dengan pengacara yang…
  • PANAS! VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS ULAS PASAL TUDUNG FAREEDA YANG SINGKAT...
    07/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai yang komplen pasal tudung…
  • BONGKAR!! Punca SEBENAR Pak Lah paling diawasi Amerika Syarikat
    04/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam…
  • Fuh! Inilah Dia Kasut Tauke Jambu yang Berharga RM6 Ribu!!
    06/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pergh memang banyak rezeki Tauke Jambu…
  • TIPS UNTUK GOLONGAN MUDA MULA MENYIMPAN DUIT SETIAP BULAN
    01/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Menyimpan Hanya 10% Setiap Bulan Bila…
  • MENAKUTKAN! Konspirasi Jahat US Terdedah Setelah Emel Perisikan Digodam???
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Aku harap ini hanya spekulasi murahan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus