BONGKAR! KENAPA TUDM TIDAK PINTAS PESAWAT MH370 SEMASA MELINTAS DI PULAU PERAK?

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BONGKAR! KENAPA TUDM TIDAK PINTAS PESAWAT MH370 SEMASA MELINTAS DI PULAU PERAK?

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

KENAPA TUDM TIDAK PINTAS PESAWAT MH370 SEMASA MELINTAS DI PULAU PERAK?


JANGAN BURUKKAN TUDM JIKA TIDAK FAHAM SITUASI SEBENAR!

Ada yang masih mempersoalkan kenapa TUDM tidak pintas MH370 yang dikatakan dikesan dalam radar tentera kita. Kononnya pesawat itu kali terakhir dikesan berhampiran Pulau Perak, lokasi ini bagaimanapun dinafikan oleh TUDM. TUDM hanya mengesahkan radarnya ada mengesan kehadiran yang belum dikenalpasti 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada jam 2.15 pagi Sabtu.

Pesawat tidak dikenalpasti ini kemudiannya telah disahkan sebagai MH370 berdasarkan 'raw satellite data' oleh penyedia perkhidmatan data satelit. Pengesahan itu turut disokong dari kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.

Radar tentera atau radar utama hanya berfungsi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.

Dari plot jangkaan laluan pesawat seperti disiarkan oleh Reuters yang didakwa diperolehi dari sumber radar tentera, pesawat MH370 merentasi Semenanjung Malaysia melalui laluan udara komersial di sebelah Selatan Thai. Jika benar laluan itu, persoalan mengapa TUDM tidak memintas pesawat yang tidak dikenali itu tidak patut timbul. Ternyata pengendali MH370 yang mengubah haluan itu sangat arif dengan laluan penerbangan yang memungkinkan ia tidak dipintas oleh tentera udara mana-mana negara seperti Thailand, Malaysia atau Indonesia.

Hentikanlah mempertikai atau memburuk-burukkan angkatan tentera kita jika sendiri tidak tahu perkara sebenar! Konon TUDM kita lembab dan tak buat kerja. Jangan juga mendesak TUDM untuk mendedahkan secara terbuka dapatan atau plot radar tentera kita kerana ia membabitkan rahsia dan keselamatan negara! Jangan jadi bodoh nak politikkan semua benda hingga membahayakan negara!
Sumber: idasyuhada.blogspot.com
  • BONGKAR! 10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu!! (Mesti Baca)
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com TOLONG "SHARE" demi pengetahuan kaum…
  • CARA-CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA! JANGAN LEPASKAN PELUANG!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Program ini diwujudkan bagi membantu…
  • BONGKAR! Sekitar Rumah Tempat Kejadian 38 Lelaki
    28/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com INILAH rumah yang digunakan untuk…
  • MH370: BILA SAINTIS MELAYU BUAT PENJELASAN TENTANG SATELIT, INMARSAT, DAN LAIN-LAIN......
    27/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof…
  • ISU TWEET 8 orang ulama telah bermimpi bahawa dajjal telah pun muncul - INI PENJELASAN USTAZ KAZIM!!
    12/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Hari ini Ustaz Kazim menafikan bahawa…
  • PENJELASAN Mengapa Pegawai JAKIM tidak sertai blogger makan Cadbury!
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com “Tidak ada sebab untuk umat Islam di…
  • SETELAH DIDEDAHKAN DI ALAM MAYA, INI TINDAKAN PIHAK JAKIM KEATAS KILANG PENGELUAR BIHUN CAP MASJID!!
    10/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus