MH370: Sayu, Luahan Hati Seorang Ibu Penumpang Pesawat!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Sayu, Luahan Hati Seorang Ibu Penumpang Pesawat!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


KUALA LUMPUR: Ibu penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Normah Jaafar yakin dengan kata-kata nalurinya bahawa anak kesayangannya, Mohd Khairul Amri berada dalam keadaan yang baik dan akan pulang dengan selamat.

Lebih dua minggu tragedi kehilangan pesawat ini berlaku, Normah tidak pernah berbual bersama pihak media sehinggalah baru-baru ini, beliau mendapat semangat untuk berkongsi suka-dukanya.

Kini, beliau semakin redha dengan segala ketentuan jika keadaan berlaku sebaliknya.
“Saya tetap merasakan dia masih selamat dan akan balik dalam apa keadaan sekalipun. Selama 16 hari saya tidak bermimpi tentang anak saya. Sebab inilah naluri saya mengatakan bahawa dia akan balik.
“Tetapi jika ditakdirkan sebaliknya, saya redha dan pasrah kerana semua ini adalah ujian dari Tuhan dan Tuhan memilih saya. Ya, memang ujian ini amat berat tetapi saya tidak boleh menolak takdir,” kata Normah.Selepas hampir dua minggu menetap di Hotel Everly, Putrajaya kini beliau lebih tenang apabila pulang ke kampung halaman.

Normah pada masa sama menghargai bantuan dihulurkan pihak terlibat, terutamanya dari segi kaunselor yang banyak membantu memulihkan semangat beliau.

Normah pulang ke Bera, Pahang selepas lebih 10 hari berada di Putrajaya.
Menurutnya, pihak Penerbangan Malaysia MAS sentiasa mengemas kini perkembangan semasa, sekurang-kurangnya tiga kali sehari bagi memastikan beliau tidak ketinggalan sebarang maklumat.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). — Astro Awani

KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus