12 CIRI MENARIK KENDERAAN RASMI PRESIDEN US, BARACK OBAMA!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

12 CIRI MENARIK KENDERAAN RASMI PRESIDEN US, BARACK OBAMA!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Fuh, hebat betul ciri yang terdapat pada kenderaan yang dinaiki oleh Presiden Amerika Syarikat (US). Dikenali sebagai “The Beast“, Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.
Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal. Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm.
us presiden car spec
Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik. Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.
Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam. Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.
kereta obama presiden usKlik untuk besarkan gambar…
The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.
Sumber: Astro Awani
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus