PENJELASAN: ALMY NADIA DEDAH PUNCA MENANGIS SEPANJANG MAJLIS PERNIKAHAN?!!
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan selebriti, Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Mereka sudah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Bagaimanapun menjadi tanda-tanya banyak pihak apabila melihat Almy Nadia menangis sepanjang majlis pernikahan berlangsung. Adakah itu air mata gembira atau sebaliknya? Kerana seperti kita tahu, pelbagai dugaan terpaksa mereka tempuhi sepanjang 8 tahun menjalinkan hubungan.
Memetik laporan mStar Online, Almy mendedahkan kenapa dia menangis sepanjang majlis berkenaan. Almy mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis berkenaan. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini.
“Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu. Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada Almy dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran RM20,000 dan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin. Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei 2014 depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.
Kredit:ammboi.com
ADA SEBARANG KOMEN??