BELUM SELESAI: Sharnaaz Tunggu Lisdawati Bersalin Selesai Masalah!
Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat", kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 29, apabila ditanya perkembangan lanjut tentang pergaduhan antara dia dengan dramatis Lisdawati yang tercetus sekitar beberapa bulan lalu.
Tambah hero drama bersiri popular, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini lagi, dia tetap mahu bersemuka dan menyelesaikan perkara itu dengan Lisdawati juga suaminya, Fauzi Nawawi. Tetapi buat masa ini dia menunggu masa yang sesuai bagi mengelakkan dari keadaan menjadi keruh. Lagipun Lisdawati kini sedang sarat mengandung.
"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya", tuturnya ringkas dan enggan mengulas lanjut.
Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara.
Sebelum ini laporan media menyebut Sharnaaz telah menyerang Lisdawati secara mengejut di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Gara-gara serangan itu, Lisdawati, 35, mendakwa mengalami darah tinggi.
Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.
sumber
http://malaysiandigest.com/hiburan/498229-sharnaaz-mahu-selesaikan-isu-gaduh-selepas-lisdawati-bersalin.html
ADA SEBARANG KOMEN??