8 GAMBAR BEKAS PENYANYI RAP JERMAN MEMELUK ISLAM DAN MATI BERJIHAD DI SYRIA!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

8 GAMBAR BEKAS PENYANYI RAP JERMAN MEMELUK ISLAM DAN MATI BERJIHAD DI SYRIA!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Denis Mamadou Cuspert, seorang bekas penyanyi rap Jerman yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.

Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.

Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Desso Dog Maut Berperang di Syria

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu.

"Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan.

"Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya.

Abu Talha al-Almani , Maut di Syria















Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. - Agensi
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus