ISU BERKEMBAN MASUK NERAKA : ERMA FATIMA TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

ISU BERKEMBAN MASUK NERAKA : ERMA FATIMA TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Erma Fatima Dakwa Isu Masuk Neraka Di Salah Belit
Baru-baru ini industri hiburan tempatan digemparkan dengan kontroversi pengarah terkenal, Erma Fatima yang telah mengeluarkan kenyataan dia redha jika ditakdirkan masuk ke neraka melalui laman sosial instagram.

Tindakannya itu telah mendapat perhatian daripada pendakwah bebas iaitu Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang meminta Erma membetulkan semula kenyataannya serta menyifatkan pengarah itu mungkin dipengaruhi emosi ketika memuat naik status berkenaan.

Terkini, Erma tampil menerangkan bahawa dia tidak tersentuh hati mengenai teguran tersebut dan dia percaya bahawa Dr Asri mungkin tidak mengetahui cerita sebenar disebalik isu tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan.

Erma turut memberitahu kenyataannya mungkin telah diputar belit oleh pihak tertentu yang mempunyai tafsiran salah tentang apa yang dimaksudkan.


Saya terima apa juga teguran Dr Asri dan tak tersentuh hati langsung. Saya percaya teguran beliau hanya berdasarkan persoalan pihak tertentu kepadanya mengenai hukum apabila saya mengeluarkan kenyataan itu.

Sedangkan saya rasa Dr Asri mungkin tak tahu cerita penuh yang berlaku, di mana kenyataan saya sudah diputar belitkan pihak tertentu yang salah tafsir dengan apa yang saya maksudkan

BACA DI SINI: TEGURAN DRMAZA BERKENAAN KENYATAAN ERMA FATIMA

Dalam pada itu, Erma berkata dia tidak pernah ingin mempertikaikan hukum Allah sebaliknya menerangkan setiap perincian dan kandungan yang terdapat dalam drama itu adalah berasaskan sejarah dan tidak boleh ditukar sesuka hati.

sumber
http://www.ohbulan.com/erma-fatima-nafi-terasa-dengan-nasihat-dr-asri-dakwa-isu-neraka-telah-diputar-belit/
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus