"Lain Kali Mama Jangan Nangis Lagi, Mama Tahu Saya Kuat Kan!!" - HUGUAN

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

"Lain Kali Mama Jangan Nangis Lagi, Mama Tahu Saya Kuat Kan!!" - HUGUAN

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

"Lain kali mama (ibu) jangan nangis lagi, mama tahu saya kuat kan, ” kata Huguan Isaac, 10, murid Tahun Empat yang pipinya tertusuk besi penutup parit sepanjang satu meter kepada ibunya, semalam.


Kata-kata itu diungkapkan murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart di sini, sebaik sedar selepas menjalani pembedahan apabila melihat ibunya menitiskan air mata, pagi semalam.

Huguan yang masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, kelihatan lemah dengan kesan luka di bawah bibir serta pipi kanannya bengkak, namun masih mampu bercakap.

Ketika ditemui di wad kanak-kanak hospital itu, ibu Huguan, 40-an, yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik anak bongsu daripada dua beradik itu terjaga selepas semalaman tidur susulan pembedahan mengeluarkan besi berkenaan, beliau menangis sebelum berkata kepada anaknya: “Kau tahu mama menangis sangat teruk.”

Wanita itu berkata, melihat keadaan itu, anaknya memujuk supaya tidak lagi menangis kerana beliau seorang yang kuat.


“Huguan tidak menangis sejak kejadian itu semalam (kelmarin). Sejak dulu, beliau memang jarang menangis... ibu mana yang tidak sedih melihat keadaannya, ” katanya.

Difahamkan, Huguan yang menerima 10 jahitan di pipi belum dibenarkan keluar hospital kerana masih dalam pemantauan rapi oleh doktor.

sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mamatahusayakuatkan_/Article/index_html

kezoom.blogspot.com
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus