5 Lelaki Bersenjata Culik Pengurus Pusat Ternakan Ikan di Pulau Baik!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

5 Lelaki Bersenjata Culik Pengurus Pusat Ternakan Ikan di Pulau Baik!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, kira-kira 2.45 pagi ini, selepas sebulan seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna.

Lelaki Bersenjata Culik Pengurus Pusat Ternakan Ikan di Pulau Baik

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao dan telah bekerja di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hongkong yang beroperasi sejak tahun 2006, selama tiga tahun.

"Dalam kejadian ini, sebuah bot berkuasa kuda 200 dinaiki lima lelaki, dua daripadanya berpakaian celoreng dan bertopeng. Mereka menggunakan senjata yang kita percaya M16. Tiga lagi berseluar pendek dengan pakaian preman.

"Bot ini telah menghampiri kawasan ternakan ikan seterusnya menaiki rumah kediaman pekerja ternakan ikan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kumpulan lelaki berkenaan kemudian memasuki sebuah bilik seorang pekerja wanita selepas menendang pintu dan bertanya di mana pengurus syarikat itu berada dengan menggunakan dialek Bajau.

Bagaimanapun, katanya pengurus yang tinggal di bilik bersebelahan bilik wanita itu yang keluar selepas terdengar bunyi bising, telah ditangkap kumpulan lelaki berkenaan dan membawanya menaiki bot.

Hamza berkata selepas dimaklumkan kejadian di pusat ternakan ikan yang jaraknya 1.4 kilometer dari Silam pada pukul 2.53 pagi, polis terus menggerakkan tiga bot dan bot Pasukan Polis Marin terserempak dengan bot penjenayah di kawasan perairan Pulau Mataking pada kira-kira 6.20 pagi.

"Penculik telah melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan dan anggota keselamatan membalas tembakan itu namun tidak mengenai sasaran. Anggota keselamatan terus mengejar bot tersebut yang menghala ke negara Filipina melalui kawasan Alice Reef," katanya. 

Katanya anggota keselamatan Malaysia terus mengejar bot penjenayah berkenaan sehingga memasuki kawasan perairan Filipina atas kebenaran pihak berkuasa negara jiran itu namun berhenti mengejar apabila bot itu memasuki perkampungan Saluag di selatan Pulau Sibutu atas faktor keselamatan.

Hamza berkata polis telah menahan 19 individu, 11 daripadanya etnik berketurunan Suluk dan selebihnya warganegara Indonesia di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya cuma sembilan daripada tahanan berkenaan mempunyai dokumen dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Polis percaya kumpulan berkenaan merupakan satu daripada kumpulan yang menculik untuk tebusan namun belum dipastikan sama ada kumpulan itu terbabit dalam kes penculikan seorang pelancong China di Singamata Adventures Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu. - BERNAMA

sumber
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1036239
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus