EKSLUSIF! AKHIRNYA TUN MAHATHIR BUKA MULUT BIDAS SYARIKAT BOEING!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

EKSLUSIF! AKHIRNYA TUN MAHATHIR BUKA MULUT BIDAS SYARIKAT BOEING!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan Boeing mendiamkan diri berhubung misteri kehilangan pesawat MH370.

Beliau menerusi blognya pada Jumaat menegaskan, sistem komunikasi adalah tunjang dan talian hidup bagi sesebuah pesawat.

Oleh itu, Boeing perlu memastikan pesawat yang dikeluarkannya benar-benar selamat untuk digunakan.

Jelasnya, sehingga Boeing 777-200ER itu ditemui, syarikat pengeluar pesawat komersial berkenaan perlu menjelaskan punca peralatan komunikasi pesawat gagal berfungsi sehingga menyebabkan pesawat milik Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac lalu.

“Kedudukan pesawat-pesawat komersial sentiasa dipantau. Semuanya boleh dikesan melalui telefon bimbit sekarang. Takkanlah tiada seorang pun yang sedar akan kehilangan sesebuah pesawat itu?” katanya.

Beliau juga hairan, bagaimanapun sebuah pesawat itu boleh hilang sepenuhnya daripada pengesanan radar negara-negara yang memiliki satelit risikan canggih.

“Pesawat berkenaan boleh hilang dan tiada siapa pun tahu (ke mana ia pergi)? Bolehkah Boeing jelaskan bagaimana ia berlaku. Jika perkara ini boleh berlaku kepada MH370, sebuah pesawat Boeing 777, adakah ia selamat untuk terbang menggunakan pesawat sedemikian. Bilakah sebuah lagi pesawat akan hilang?.

“Dalam kes MH370, tiada panggilan dibuat dari pesawat itu dan stesen pemantauan di darat juga tidak boleh menghubungi pesawat berkenaan langsung. Dalam erti kata lain, wujud kegagalan komunikasi sepenuhnya,” katanya.

Tun Dr Mahathir turut mempersoalkan kenapa tiada seorang daripada kalangan anak kapal mahupun penumpang yang menggunakan telefon bimbit mereka untuk mendapatkan bantuan.

Tambahnya lagi, jika sebuah pesawat terhempas, mesti ada serpihan dan tumpahan minyak, bagaimanapun dalam kes MH370, ia menimbulkan tanda tanya walaupun operasi mencari memasuki hari ke 70, lapor TRP.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus