Giliran Suami Lola,Bapa Tiri Muhammad Firdaus Pula Bercerita

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Giliran Suami Lola,Bapa Tiri Muhammad Firdaus Pula Bercerita

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



Bahau: “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.

Klik 'LIKE' untuk menyatakan sokongan anda kepada Adik Muhammad Firdaus Dullah!


“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.

“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.

“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.

“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.

Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata orang yang paling dekat dengan remaja itu termasuk bapa atau ibu saudara wajar bertangungjawab ke atas situasi Firdaus.

"Hendak salahkan orang luar sebenarnya mereka juga tidak tahu maklumat. Maknanya jika bapa saudara ada mereka boleh sampaikan maklumat remaja berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keluarga terdekat perlu memainkan peranan, misalnya bapa saudara, dia adalah zuriat keterunan mereka, takkanlah tidak tahu," katanya

Begitu juga peranan khariah masjid dan surau katanya sepatutnya mengambil berat golongan-golongan seperti anak yatim, OKU, orang sakit dan orang tua-tua.

"Sebab itulah kita ada zakat bagi mereka yang layak. Sistem Islam yang sudah teratur. Bahkan di dalam solat berjemaahn kita patut bertanya khabar antara satu sama lain,"katanya.

Tegasnya, yang paling penting adalah peranan kerajaan misalnya hospital yang mempunyai rekod kesihatan remaja berkenaan hendaklah membuat pemantauan.

"Difahamkan remaja berkenaan dilahirkan di hospital, maka mestilah ada rekod-rekod perubatan remaja berkenaan dan sudah tentu ianya di hubung terus dengan JKM," katanya.

Zailah tidak menafikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ramai kakitangan untuk memantau satu persatu mereka yang OKU.

Namun katanya mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang OKU perlu mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan pihak masjid ataupun jawatankuasa kampung bagi memudahkan maklumatnya dipanjangkan kepada JKM.

"Dalam hal ini kita tidak wajar menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya peranan keseluruhan masyarakat wajar dipergiatkan," katanya.

Pada 21 Jun lalu, anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Taman Semarak semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) menemui Firdaus dalam keadaan tidak terurus.

Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan.

Lebih menyedihkan, bilik di mana remaja malang itu dikurung penuh dengan sampah, najis dan tanah.

Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

:BACA JUGA:

SAYU! (5 Gambar) Keadaan Sekitar Rumah Muhammad Firdaus Ketika Beliau Ditemui....

Kenapa Pihak Polis Mohon Reman Lola Dilanjutkan? Baca Penjelasan Ini!

Isu OKU Terabai, Muhammad Firdaus : Ini Respons dan Komen PM Najib!

BONGKAR! Majikan Dedahkan Nilai Sebenar Gaji Bersih Lola!

TERJAWAB! Di Mana Bapa Remaja OKU Sekarang? Baca Penjelasan Ini!

EKSLUSIF: Kisah benar Puan Lola & Adik OKU, Muhammad Firdaus Dullah Yang Media Tidak Ceritakan!!

MESTI TENGOK! TERKINI: Facebook Ibu Remaja OKU Kena HACK!

MESTI TENGOK! Isu OKU Terabai: Wardina Safiyyah 'LANTANG' Bersuara!

"Kalau Aku Jadi Menteri, Aku Buang Je Budak-Budak OKU Ni Dalam LOJI!"

Isu Remaja OKU Dikurung Sampai "KERING" : Bekas Pengasuh Tampil Beri Komen!

BONGKAR! Sedikit Pendedahan Mengenai "MASALAH" Keluarga Remaja OKU yang Dikurung!

BONGKAR! Maklumat Profil Ibu Remaja OKU yang Dikurung Sampai "KERING"!

PANAS! Facebook Ibu Remaja OKU 'Diserang' Ramai Gara-Gara Tidak Percaya Dakwaan Wanita Tersebut

3 Gambar Comel Remaja OKU Ketika Masih Sihat...Menitis Airmata Jika Bayangkan Nasib Dialaminya! 

BONGKAR! Gambar Selfie Ibu Remaja OKU yang Dikurung Dalam Bilik Dipenuhi Najis! (3 Gambar) 

Biodata Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU yang Dikurung Dalam Bilik Penuh Najis! 

  • Al-Fatihah - Punca Sebenar Datuk Aziz Sattar meninggal dunia!
    05/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz…
  • MESTI BACA! Kisah pelajar cemerlang lulusan MRSM dicemuh kerana masuk pondok!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar Hiasan Dulu masa saya…
  • PANAS! VIDEO USTAZ AZHAR IDRUS ULAS PASAL TUDUNG FAREEDA YANG SINGKAT...
    07/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai yang komplen pasal tudung…
  • COMEL!! Lihat Rupa Sebenar Pelakon Hantu Juon Tanpa Make-Up (10 Gambar)
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pernah lihat Filem Seram Ju-On dulukan.…
  • NGERI! MAYAT KANAK-KANAK DENGAN KEADAAN MULUT BERBUIH DI TEPI JALAN DI KAJANG
    06/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KAJANG – Mayat seorang kanak-kanak lelaki…
  • Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Edah dikecam peminat!! (14 GAMBAR)
    07/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Edah…
  • Tak puas hati dikenakan caj melampau, lelaki sebar resit kedai mamak!!
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Caj Makanan di Kedai Mamak semakin…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus