KRONOLOGI Pelajar Perubatan M’sia Di Mesir Maut Kemalangan! (3 GAMBAR)

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

KRONOLOGI Pelajar Perubatan M’sia Di Mesir Maut Kemalangan! (3 GAMBAR)

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Menerusi laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air.

Van yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir.


Kronologi Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia

4 Jun 2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2 daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang.

6 Jun 2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah dibenarkan pulang

Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.

Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.

Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.

Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.

9 Jun 2014

Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.

Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.


11 Jun 2014: Penderma darah diperlukan untuk salah seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.

15 Jun 2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.

Sumber: melvister.com
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus