TIPS UNTUK GOLONGAN MUDA MULA MENYIMPAN DUIT SETIAP BULAN

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TIPS UNTUK GOLONGAN MUDA MULA MENYIMPAN DUIT SETIAP BULAN

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Menyimpan Hanya 10% Setiap Bulan 

Bila sebut sahaja mengenai gaji setiap bulan ramai yang mengeluh tidak cukup untuk menampung kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi. Hal ini kerap kali berlaku kepada graduan baru yang ingin memulakan kerjaya atau baru mula berkerja. Kadar gaji sekitar RM1,500 hingga RM3,000 sememangnya tidak mencukupi walaupun ada dikalangan mereka yang masih belum berumahtangga. 

Bila memikirkan komitmen atau hutang bulanan tetap yang banyak perlu dibayar seperti rumah, kereta, bil api, air, astro dan telefon, pinjaman pendidikan, duit makan, minyak, tol, dan parking. Selepas ditolak segala komitmen atau kata nama lainnya hutang, akhirnya yang tinggal hanya suku daripada gaji. 

Persoalannya bagaimana untuk menyimpan? Adakah bekerja hanya untuk membayar hutang bulanan semata dan tidak perlu berhibur, membeli pakaian baru sebagai terapi atau ganjaran buat diri sendiri setelah sebulan penat bekerja. Itu masalah yang sering membelenggu golongan muda yang baru memulakan kehidupan dalam bidang pekerjaan. 

Golongan ini perlu realistik dalam merancang pelan kewangan diri. Jangan hanya ingin memenuhi kehendak semata-mata hingga keperluan diabaikan. Selesaikan terlebih dahulu tuntutan keperluan kemudian jika ada baki barulah fikir untuk memenuhi kehendak yang boleh dikatakan takkan pernah habis kerana dorongan nafsu semata. 

Malah jadikan simpanan tetap termasuk dalam komitmen keperluan setiap bulan. Jangan jadikan alasan duit gaji tidak cukup kerana anda yang merancang dan menguruskan wang tersebut bukan wang tersebut menguruskan anda. Cukup mulakan dengan simpan sebanyak 10% daripada gaji setiap bulan. Namun lebih elok jika disimpan dalam bank yang tidak mempunyai kad ATM kerana itu mendorong anda mengeluarkannya.

Jadikan itu sebagai simpanan tetap setiap bulan sekurang-kurangnya jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kereta rosak, haiwan peliharaan sakit dan sebagainya. Di waktu begini kelak baru anda dapat menilai simpanan 10% tersebut begitu berguna di kala duit gaji anda hanya cukup-cukup makan sahaja untuk menampung sehingga cukup bulan. 

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti. Dalam lingkungan tempoh di mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari. 

Bertindak dan mulakan dari sekarang. Ketepikan segala alasan baru bekerja, banyak komitmen yang perlu ditanggung hingga tiada wang mencukupi untuk menyimpan. Kini mungkin anda boleh dibantu oleh keluarga, namun pernahkah anda terfikir jika anda tiada lagi tempat bergantung? 

Anda perlu ingat, bila bersara, anda mungkin akan hidup 20 hingga 30 tahun lagi, tanpa pendapatan tetap! Bolehkah anda bertahan untuk keberlangsungan hidup tanpa bekerja? Atau hanya ingin mengharap wang KWSP yang tak sampai dua atau tiga tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya? 

Buat permulaan mugkin ia agak sukar untuk dilakukan dan dengan sedikit pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia bakal merubah objektif anda untuk menukar tabiat dari gemar berbelanja tanpa had kepada tabiat beringat dengan mula menyimpan. MYMEDIAHUB
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus