UPDATE Kes Hina Polis Sebagai Anjing: Ini Tindakan yang Dikenakan Kepada Remaja Tersebut!
Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 20-an yang didakwa menghina dan memperlekehkan tindakan sekumpulan anggota polis trafik membersihkan serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil bagi diambil keterangan.
Ia berikutan tindakan lelaki berkenaan memuat naik entri dalam Facebook (FB) miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota berkenaan sebagai anjing kerana menyapu kaca bertaburan di Jalan Skudai di sini. (BACA SINI KALAU ANDA TERLEPAS BERITA BERKENAAN)
Lelaki berkenaan turut didakwa memuatkan gambar anggota berkenaan ketika menjalankan tugas.
Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai terutama keluarga anggota terbabit yang berkongsi luahannya bersama pengguna FB lain.
Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang anggota trafik terbabit menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas. Harian Metro
ADA SEBARANG KOMEN??