PANAS! ISU IKLAN SINDIR MH370 - INI RESPONS PIHAK AIRASIA!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

PANAS! ISU IKLAN SINDIR MH370 - INI RESPONS PIHAK AIRASIA!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membuat permohonan maaf atas sebuah artikel yang diterbitkan dalam majalah penerbangannya, ’3sixty’ edisi April, yang seolah-olah menyindir insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 BACA SINI

Dua baris ayat terakhir dalam artikel tersebut berbunyi:

“Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough. (Latihan dan Persediaan – Latihan juruterbang di AirAsia adalah berterusan dan sangat teliti)

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight (Yakinlah bahawa kapten anda sangat bersedia untuk memastikan pesawat yang anda naiki tidak akan hilang. Semoga selamat).” 


Permohonan maaf itu dinyatakan oleh Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun yang turut menjelaskan bahawa artikel tersebut telah dicetak sebelum berlakunya insiden tersebut.

Ia merupakan tulisan di kolum bulanan yang ditulis oleh Kapten Lim Khoy Hing, juruterbang bersara yang pernah bekerja dengan syarikat itu dan juga MAS.

Sebagai penyumbang bulanan, Kapten Lim telah menyediakan artikel-artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah tersebut dicetak.

Kamarudin yang juga penerbit majalah itu bagaimanapun berjanji akan memastikan edisi tersebut akan dikeluarkan dari semua penerbangan AirAsia secepat mungkin.

“Tindakan disiplin juga akan diambil terhadap kumpulan editorial.

” Ini merupakan masa yang sukar untuk negara dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan peribadi saya terhadap insiden ini.

” Menyedihkan apabila artikel ini diterbitkan pada waktu yang tidak sesuai,” jelasnya.

Majalah tersebut diedarkan kurang dari sebulan selepas kehilangan pesawat MH370 dari radar pada 8 Mac lalu dan dipercayai ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi.

Kredit:InfoBerita93
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus