TERKINI: Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban?

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TERKINI: Pesawat MH370 mungkin dibawa ke kubu kuat Taliban?

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.

Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.
Pesawat MH370
Pesawat MH370
Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.

Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan.

Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban.Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran.
“Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,” katanya.

Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. – Agensi
  • Nak Tahu Dengan Lebih Dekat Siapa Kekasih Hati Felixia Yeap? Jom Baca Biodata Beliau Di Sini!
    05/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Biodata Raja Zainal Badri kekasih…
  • Kisah Pakcik Penjual Laksa Beras (MESTI BACA!)
    24/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar sekadar hiasan Suatu hari…
  • ALLAHUAKBAR! Luahan Suami Mangsa Maut Digilis Lori Apabila Ditanya....
    18/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semalam kita dikejutkan dengan berita…
  • MH370: Nasihat Dr. Ridhuan Tee Abdullah Kepada MAS!!
    25/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee…
  • EKSLUSIF: Kenyataan Penuh MAS Pesawat MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi!
    24/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 25/3/2014 - Malaysia Airlines dengan…
  • Amaran Polis - Jangan Dedahkan 3 Nombor Terakhir Kad Kredit Anda ! BACA PENDEDAHAN INI!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik…
  • Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Edah dikecam peminat!! (14 GAMBAR)
    07/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar Fiza Elite bersiar-siar dalam Edah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus