CARA-CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA! JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

CARA-CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA! JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SYARAT-SYARAT


SEMENANJUNG

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 60 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah RM750-RM3,000 sebulan
  • Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usah/tidak sempurna
  • Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya.
  • Tapak berkeluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps
  • Tertakluk kepada kelulusan bank

SABAH/SARAWAK

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 60 tahun
  • Pendapatan kasar seisi rumah RM750-RM3,000 sebulan
  • Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usah/tidak sempurna
  • Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya.
  • Tapak berkeluasan minimum 2,600 kps

CARA-CARA MEMOHON

  • Borang didapati melalui laman web SPNB / Pejabat Cawangan SPNB / Pejabat Wakil Rakyat
  • Serahan dokumen kepada Pejabat Cawangan SPNB
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank

BORANG (Semenanjung) http://www.spnb.com.my/forms/BORANGRMR2013.pdf
Borang (Sabah/Sarawak) http://www.spnb.com.my/forms/BORANGRMR2013_SS.pdf

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT 1Malaysia

  • Keluasan 700 kps / 850 kps / 1,000 kps. 2 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, 2+1 Bilik Tidur & 2 Bilik Air, 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air
  • Harga rumah RM45,000 / RM55,000 / RM65,000
  • Subsidi oleh kerajaan RM15,000 / RM17,500 / RM20,000
  • Pemohon mendapatkan pinjaman daripada bank dengan subsidi kadar daedah oleh kerajaan sebanyak 2%
  • Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada ketetapan bank (termasuk kadar faedah)
  • Tertakluk kepada perubahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555 Email: pr@spnb.com.my
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus