NGERI! MAYAT KANAK-KANAK DENGAN KEADAAN MULUT BERBUIH DI TEPI JALAN DI KAJANG
KAJANG – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga atau empat tahun ditemui orang awam dalam keadaan mulut berbuih di tepi Jalan Laman Kesuma, Hulu Langat, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.
Mayat kanak-kanak berpakaian lengkap dan memakai lampin pakai buang itu dipercayai diletakkan di situ supaya mudah dijumpai.
Berdasarkan keadaan mayat masih elok, kanak-kanak tersebut dipercayai mati dalam tempoh lapan jam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu kira-kira 7.40 pagi.
“Hasil pemeriksaan awal ke atas mangsa yang belum dapat dikenal pasti itu, kita mendapati kesan lebam di muka dan benjolan di dahi.”
“Mangsa masih memakai lampin pakai buang, kita percaya ia diletakkan seseorang di kawasan terbabit supaya mudah dilihat orang ramai melalui jalan itu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.
“Tiada kecederaan parah dialami mangsa sebaliknya hanya kesan lebam dan wajahnya mirip seperti warga Pakistan. Setakat ini kita klasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke hospital dan pihaknya menunggu laporan bedah siasat Isnin ini untuk mengetahui punca kematian, lapor Sinar Harian.
Sumber: InfoBerita93
ADA SEBARANG KOMEN??