Bongkar! Guru Tahfiz Suruh Pelajar Urut Badan Kemudian Hisap Punainya!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Bongkar! Guru Tahfiz Suruh Pelajar Urut Badan Kemudian Hisap Punainya!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



JASIN 21 Mei - Kelakuan sumbang seorang guru di sebuah pusat tahfiz al-Quran di daerah ini yang menyuruh seorang murid lelaki melakukan #s3k-s o-ral akhirnya terbongkar apabila perkara itu diadukan sehingga membawa kepada penahanan guru agama berkenaan Ahad lalu.

Lelaki berumur 20 tahun itu ditahan pihak polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sejurus laporan mengenai kelakuan tidak bermoralnya dibuat oleh ibu mangsa.

Menurut sumber, guru berkenaan telah mengajak mangsa yang berumur 12 tahun masuk ke biliknya dengan alasan meminta bantuan untuk mengurut badannya pada awal bulan ini.

Jelas sumber itu, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian disuruh pula melakukan perbuatan sumbang itu selain turut di#cium di bahagian mulut.

"Bimbang akan dimarahi jika menolak, mangsa kemudian menuruti sahaja permintaan suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa yang bimbang kejadian sama akan berulang kemudian terus menghubungi ibunya melalui telefon memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah namun tidak menyatakan masalah dihadapi pada awalnya.

"Setelah dipaksa, barulah murid itu memberitahu perkara sebenar dilakukan ustaz tersebut terhadapnya dan ibu mangsa kemudian mengambilnya dari pusat tahfiz berkenaan pada 16 Mei lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Merlimau," kata sumber itu.

Ujar sumber itu, menyedari ibu mangsa telah mengambil anaknya dari pusat tahfiz, suspek yang mengajar sejak Februari lalu kemudian mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampungnya di Dungun, Terengganu.

"Namun apabila dia mengetahui polis sedang memburunya, dia kemudian menyerah diri ke IPK negeri dan ditahan untuk siasatan," tambah sumber itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, suspek yang ditahan sejak Ahad lalu akan direman sehingga hari ini dan siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 377E iaitu melakukan kel_u_c_a_han melampau," katanya. - Utusan Malaysia
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus