DNA BABI Dalam Coklat Cadbury: Ini Tindakan Pihak JAKIM!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

DNA BABI Dalam Coklat Cadbury: Ini Tindakan Pihak JAKIM!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

DNA BABI Dalam Coklat Cadbury: Sijil HALAL 2 Produk Cadbury Di Tarik Balik | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

DNA BABI Dalam Coklat Cadbury: Sijil HALAL 2 Produk Cadbury Di Tarik Balik

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dna-babi-jakim-adakan-mesyuarat-tergempar-1.283447
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sijil-halal-2-produk-cadbury-ditarik-balik-1.283491
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus