Terkini! 3 Dun Exco Keluar UMNO Dan PKR Tadbir Terengganu... BETULKAH??

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Terkini! 3 Dun Exco Keluar UMNO Dan PKR Tadbir Terengganu... BETULKAH??

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

BN secara automatik sudah tentu tak layak jadi pentadbir di negeri Terengganu kerana hanya 14 kerusi yang tinggal selepas tiga Adunnya bertindak keluar dari parti.

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta.

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.

Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3. - BH Online


BN = 14

PR = 17

BEBAS = 3

Dengan kedudukan kerusi sekarang ,kemungkinan PKR akan diberi mandat untuk mentabdir negeri Terengganu.Bagaimanapun ia perlu dirujuk pada perlembagaan sesebuah negeri.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus