(GAMBAR)Tiga Profesor Melayu Diiktiraf Miliki Minda Saintifik Terunggul Di Dunia... BACA KELAYAKAN MEREKA!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

(GAMBAR)Tiga Profesor Melayu Diiktiraf Miliki Minda Saintifik Terunggul Di Dunia... BACA KELAYAKAN MEREKA!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Tiga Profesor berbangsa Melayu daripada Malaysia kini diiktiraf memiliki minda saintifik terunggul di dunia.
Tiga Profesor Melayu Di Iktiraf Miliki Minda Saintifik Terunggul Di Dunia

Mereka  ialah Prof Dr. Abdul Latif Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia, Prof Dr. Ishak Hakim dari Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof Dr. Saidur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.

Iktiraf kepakaran mengikut firma itu dinyatakan dalam satu laporan bertajuk ‘Minda Saintifik Berpengaruh di Dunia: 2014lapor media antarabangsa.

Menurut Thomson Reuters dalam satu kenyataan, ketiga-tiga individu berkenaan diiktiraf berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing, antaranya dengan menghasilkan pelbagai artikel penyelidikan yang menjadi rujukan ahli akademik di peringkat global.

Senarai global itu turut dikenali sebagai hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dan kajian di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, Thomson Reuters bekerjasama dengan Shanghai Jiao Tong University dan pengeluar ‘Academic Ranking of World Universities’ untuk membuat senarai tersebut.

Ini kali ketiga firma itu mengeluarkan senarai global berkenaan dengan siaran pertama pada tahun 2001.

sumber
http://www.pisau.net/tiga-profesor-melayu-diiktiraf-miliki-minda-saintik-dunia/
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus