TERKINI: Hukuman Yang Bakal Menimpa Ibu Remaja OKU, Lola Jika Sabit Kesalahan!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TERKINI: Hukuman Yang Bakal Menimpa Ibu Remaja OKU, Lola Jika Sabit Kesalahan!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


SEREMBAN: Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca. 

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengabaikan anaknya, iaitu kesalahanmengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 
Klik 'LIKE' untuk menyatakan sokongan anda kepada Adik Muhammad Firdaus Dullah!


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 33(c) akta yang sama, iaitu meninggalkan anaknya tanpa pengawasan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda hingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Taman Semarak, Nilai, antara antara Januari lalu hingga 21Jun lalu. 
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan seorang penjamin. Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 24 Julai ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, manakala Hanif Hassan mewakili tertuduh.

Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan ketika operasi Jabatan Imigresen Sabtu lalu, dengan keadaan tubuhnya kurus kering, manakala keadaan bilik didiaminya sangat kotor, termasuk terdapat najis yang telah kering.

Dia kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan. -BH-

:BACA JUGA:

5 Gambar Rumah Firdaus Didedah, Isteri Pegawai Imigresen Buka Mulut!




KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus